Saturday, March 6, 2010

maksud arca


Pengertian

Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. secara ringkasnya, arca adalah hasil karya seni yang dapaat dilihat dari pelbagai sudut/ dapat dilihat dari sudut 360 darjah/ hasil karya seni yang mempunyai pelbagai bentuk yang ekspresif dan garisan yang pelbagai. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.


1. Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca - arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8000 SM.

2. Zaman tamadun - tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan - bahan yang berlainan.

3. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.

4. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David.

5. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).

6. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan - bahan buangan lain.

7. Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.

8. Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.

9. Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.

10. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.

11. Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Lee Kian Seng.

12. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang teristimewa di Malaysia.

13. Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca - pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, dan Malaysia.

14. Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.

15. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

by: azhar ghani
dedicated to: PM zulkifli Yusoff

No comments:

Post a Comment

Post a Comment