Sunday, November 1, 2009

happy tree friends



hayati dan nikmatilah kartun kejam diabad ini. klik ni [Happy Trails Part 1] jauhi daripada kanak-kanak yang di anggap masih kecil. lawak dan agak ganas!! dah lama kartun ni wujud dan banyak siri. tapi aku x tau lak golongan sasaran producer kartun ni sape. samada kanak-kanak/budak-budak ataupun org dewasa. tpi best..aku mmg minat walaupun x berguna kat aku. animasi dan grafik mmg bgus. tapi langsung x de moral value.

Friday, October 23, 2009

penat/ letih/ tired/ x larat dan sewaktu dengannya

sudah beberapa malam aku keletihan dan kurang mendapat tidur yang secukupnya. beberpa tugasan yang perlu dhantar lewat semester ini membuatkan aku terpkasa bekerja keras. hilang arah dibuatnya. aktiviti harianku untuk melayari kamar internet terpaksa kulupakan sebntar untuk memberi ruang kepada tugasan ini. baru hari ini aku dapat menghembuskan nafas lega kerana baru sahaja menamatkan assesment grafik komputer.

Saturday, October 17, 2009

arah jangka hayat penduduk di negara maju

salam..aku juz nak berkongsi satu informasi yang x brapa penting dan x kan mengganggu kestabilan harga barang di pasaran. maafla ye mengarut ckit bunyinya. tp aku just nak share. aku terbaca satu artikel kat website yang x dinyatakan disini. hasil daripada kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Denmark menyatakan bahawa lebih separuh daripada bayi dilahirkan di negara-negara maju mungkin hidup sehingga berusia 100 tahun jika arah aliran jangka hayat sekarang berterusan. keputusan ini diperolehi daripada pemerhatian yang dilakukan di negara-negara maju antaranya di rantau Eropah Barat, Amerika Utara, Jepun dan Australia serta New Zealand. negara-negara ini sememangnya diakui kemajuannya. berdasarkan kajian ini, dapatkah anda meneka kenapa bayi yang lahir dinegara maju seperti tersebut dapat hdup lama?? negara yang maju, secara keseluruhannya adalah aman dan damai. kebarangkalian untuk wujudnya peperangan dan kacau bilau hanyalah beberapa peratus. maka aliran jangka hayat yang diperolehi daripada negara-negara maju ini tentulah lebih baik. jika direnung, kebanyakan negara didunia adalah miskin, muflis, dilanda bencana macam ngera jiran yang x sedar diri tu, dan ade lg yang masih dijajah dik kuasa barat. manakan boleh kita dapatkan satu arah aliran jangka hayat yang panjang sehingga 100 tahun daripada negara-negara yang daif walaupun kadar umur itu adalah anggaran semata. pelbagai masalah yang dihadapi negara seperti indonesia yang masih dijajah oleh rasa bodoh sombong dan sering dilanda bencana alam masih mampukah untuk meberi makan kepada rakyatnya. kekalutan yang berlaku ini sedikit sebanyak mempengaruhi arah aliran jangka hayat.

semestinya negara2 lain juga ingin menjadi maju dan aman damai. namun bagaimana??? adakah perlu untuk mereka mengikut acuan dari malaysia dengan idea wawasan 2020. tahun 2020 itu hanyalah diletakkan sabagai satu garis panduan bagi negara ini untuk mencapai satu peningkatan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus. samaada matlamat itu dicapai atau tidak bukanlah keutamaan. apa yang penting malaysia dapat menigkatkan kadar pertumbuhan tahunan. Jika negara-negara lain turut menjadi maju, maka negara-negara maju sekarang tidak akan dapat mempertahankan tahap kemakmuran mereka. Dalam keadaan begini sebenarnya, persaingan sengit sedang berlaku antara negara. dari sudut yang lain, kemajuan tidak akan dicapai selagi negara miskin tegar ini masih dijajah oleh negara maju itu sendiri. Sumber bumi kebanyakannya dicurahkan kepada mereka dan dinafikan daripada dinikmati oleh negara-negara lain. terang lagi bersuluh, kenapa kekayaan dan kemakmuran itu tidak boleh dicapai.

Jika negara-negara lain turut menjadi maju, maka negara-negara maju sekarang tidak akan dapat mempertahankan tahap kemakmuran mereka. Dalam keadaan begini sebenarnya, persaingan sengit sedang berlaku antara negara. Jadi apa yang berlaku sekarang ialah terdapat dua sisi pertembungan yang akhirnya akan menentukan ke mana nasib bumi dan manusia. Untuk elak konflik, maka timbul gerakan yang mahu manusia hidup sederhana dengan mengambil kira kemampuan bumi. renung-renugkan...sekian

Monday, October 12, 2009

cbuk je

kesibukan dan kekalutan melanda. modul akhir pembelajaran bagi studio grafik komputer perlu disiapkan menjelang minggu depan. desakan ini menyebabkan aku menjadi tidak keruan memikirkan perkara ini. tdo tidak menentu, makan apa kurangnya. terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja ini. modulku dikritik hebat hasil perjumpaan dengan penysarah semalam. ini tentunya mendesak jiwaku untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih efektif. "content perlu lebih bersesuaian dengan tajuk" kata-kata itu menyebabkan aku terpaksa mengubah hampir keseluruhan modul yang sedang di hasilkan.

Sunday, October 11, 2009

antara cinta dan kebebasan

mestikah aku berdiam diri dengan semua ini. haruskah aku membiarkan kebebasan yang dituntut dariku walaupun aku tidak yakin dengan kebebasan itu. mengawal, mengongkong bukan beerti kolot. hidup tanpa sebarang sempadan yang membataskan pergerakan hingga yang mampu menahannya hanyalah Yang Maha Esa. itukah kebebasan yang kita mahukan dalam hubungan bersama. adakah perlunya noktah dalam mencari penutup segala kekusutan. adapun mungkin sedikit mengubat tetapi tidak mampu membalut luka di hati. diteruskan kasih tanpa mebaca semula kisah ini adalah jalan terbaik kurasakan dalam perkara ini. biarkan mata membuta menanggung segala dusta, biarkan hati membatu sekalipun zahirnya perasaan itu membebankan.

Saturday, October 10, 2009

mlas..

malsnyaaaa!~..keje bnyk lgi yang x siap. ape nak jadi da..

Wednesday, October 7, 2009

WUT ever: rumah terbuka

WUT ever: rumah terbuka

rumah terbuka





syawal dah masuk separa bulan pun still ade lg umah trbuka..raya sebulan. tp puasa x sampai sebulan. tp best jgak g umah terbuka ni..jimat duit aku utk sehari. hak3..xdela. sebanarnya bgus gak bt umah terbuka ni, dapat jumpa membe2, blh g tempat orang etc. ni lah ANTARA wajah raya yang sempat dirakam.

Monday, August 24, 2009

Return

aku kembali..
kembali membuka satu lembaran baru dalam blog ni..ha3. actually dah lama sngt aku stop write in this blog. malas nak access. so aku harap lebih bnyk manfaat/ faedah/kaedah dan juga faridah yang aku blh dapat dr blog ni after this.inilah aku, mengarut je sesepenuh masa sepanjang tahun. well there's nothing new bout my life aku bawak tuk korang. hopefully aku blh dapat guide drp korang cnma nak approve lg blog ni. if sesape blh share anything yang interesting aku ucapkan berpuluh2 trima kasih. e2 yang lebih aku harapkan dalam blog ini.

Friday, May 29, 2009

cuti sekolah..

alhamdulillah, sesi persekolahan telah melabuhkan tirainya bagi sesi pertama or penggal pertama. so dah bis la ros yang aku kena bt kat sek sblum ni. actually rasa epy pun ada n rasa syg nak tglkan sek tu pun ada. walaupun dalam masa yang terhad, aku rasa best sngt lepak kat sekola tu. blh tngk karenah student2 yang macam2. yang pompuan cara pompuan..yang laki cara diorang. tima bnyk cikgu dan stuf sokongan sekolah tu coz diorang bnyk membantu dan bg tunjuk ajar. kerjasama diorang mmg aku solute walaupun diorang ni ada mengambil langkah kearah buli ckit la dkat aku n membe. tp dari pandangan lain, perkara tu bgus la bg aku. dapat gak aku biasakan diri dengan keadaan dlam kelas. cmne nak kontrol kelas, nak tenangkan student yang hardcore, susah tu bg aku. ari2 kena jga exm..ha3. sampai bis. erm..tp masa last day tu seronok plak aku. time tu kena jaga kelas, budak tgh exam seni. bla aku masuk kelas tu diorang da start exam, skali aku tngk ada sorang student tu lukis mcam budak darjah dua lukis, trus aku bantai gelak kat ctu. diorang ada idea, tp nak zahirkan dalam bentuk yang baik ckit tu diorang x pandai. kesian lak aku tngk diorang masa tu. mali2 je dgn aku. lau lama ckit kat sek tu, blh la aku bg
tunjuk ajar ckit. tp kejap je kat sek tu. time da bis sek tu masa nak blik ada la sorang dua budak2 yang mtk no fon la, tny bla nak kawin la, mcm2 ag. penat aku layan. tp x pela..dah last day. ikut jela kehndak diorang. hurmm..

Monday, May 25, 2009

picnic...


kenangan masa sem 4..
ha3..ada bnyk lg pic..
malas nak upload..

Saturday, May 23, 2009

assalamualaikum cikgu

testiing2...nampak x font size ni.. waaaa....aku btul2 teruja la...dah hampir jadi ckgu yang sebnar-benarnya. tp sayangnya..aku juz berkesempatan ngajar 1 masa je. lain2 sume kena jga dak2 exam. al-maklumla time kiteorang lapor dri tu budak2 sume dah nak mula exam. tp ape skali pun aku mmg excited sngt dapat mengajar/teach dak2 kat sek tu..even dalam tempoh yang amat terhad. my first experience in school..alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sek tu. yela..lagipun student x ramai di sekolah ni. cuma yang rasa janggal ckit tu masa first day je 17/05/09...aku ngn membe aku sorg ni, zikri namanya, actually time kiteorang sampai kat sek pg tu ada sambutan hari guru peringkat sekolah. so terpaksa la g assembly..dah jadi menjadi lumrah setiap guru xkira la sama ada guru pelatih ke guru praktikL ke or ckgu tetap yang baru registr kat mana2 sek mest akan diperkenalkan time assembly. kiteorang pun menerima nasib sama. tp bt mcm biasa je...bl pengetua sebut nama tu bgun je la walaupun aku ada kemaluan. tp sume student suka je..lagi2 yang perempuan. aku pun x tau knape..pkir2kan la. lepas je assembly, bl jmpa student ngah lepak2 diorang mest greed aku ngn membe. ponat den nak jawab...bagus btul budaya kat sek ni. tp ungkapan assalamualaikum cikgu tu buat aku rasa segan je dengan studen2 kat sek. keramat jgak la ungkapan tu. ha3. pejam celik dah seminggu aku kat sek tu..berulang alik dari rumah evry moning..ha3. ni dah masuk week 2 n da last week aku wat benda ni..yakni buat ROS. tu nama pendek je tau...bukan nama panjang. nama panjang dia Rancangan Organisasi Sekolah. well bnyk lagi la da things yang aku lalui. ada yang baik blh la dijadikan pengajaran. yang x brapa bgus tu..insyaallah aku perbaiki lagi. hu3. aku stop dlu..ada tggungjawab yang perlu dilaksanakan. salam. aku cadang nak masukkan gmbar. tp ada prockit. xpe nati ku tunaikan.