Friday, October 23, 2009

penat/ letih/ tired/ x larat dan sewaktu dengannya

sudah beberapa malam aku keletihan dan kurang mendapat tidur yang secukupnya. beberpa tugasan yang perlu dhantar lewat semester ini membuatkan aku terpkasa bekerja keras. hilang arah dibuatnya. aktiviti harianku untuk melayari kamar internet terpaksa kulupakan sebntar untuk memberi ruang kepada tugasan ini. baru hari ini aku dapat menghembuskan nafas lega kerana baru sahaja menamatkan assesment grafik komputer.

Saturday, October 17, 2009

arah jangka hayat penduduk di negara maju

salam..aku juz nak berkongsi satu informasi yang x brapa penting dan x kan mengganggu kestabilan harga barang di pasaran. maafla ye mengarut ckit bunyinya. tp aku just nak share. aku terbaca satu artikel kat website yang x dinyatakan disini. hasil daripada kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Denmark menyatakan bahawa lebih separuh daripada bayi dilahirkan di negara-negara maju mungkin hidup sehingga berusia 100 tahun jika arah aliran jangka hayat sekarang berterusan. keputusan ini diperolehi daripada pemerhatian yang dilakukan di negara-negara maju antaranya di rantau Eropah Barat, Amerika Utara, Jepun dan Australia serta New Zealand. negara-negara ini sememangnya diakui kemajuannya. berdasarkan kajian ini, dapatkah anda meneka kenapa bayi yang lahir dinegara maju seperti tersebut dapat hdup lama?? negara yang maju, secara keseluruhannya adalah aman dan damai. kebarangkalian untuk wujudnya peperangan dan kacau bilau hanyalah beberapa peratus. maka aliran jangka hayat yang diperolehi daripada negara-negara maju ini tentulah lebih baik. jika direnung, kebanyakan negara didunia adalah miskin, muflis, dilanda bencana macam ngera jiran yang x sedar diri tu, dan ade lg yang masih dijajah dik kuasa barat. manakan boleh kita dapatkan satu arah aliran jangka hayat yang panjang sehingga 100 tahun daripada negara-negara yang daif walaupun kadar umur itu adalah anggaran semata. pelbagai masalah yang dihadapi negara seperti indonesia yang masih dijajah oleh rasa bodoh sombong dan sering dilanda bencana alam masih mampukah untuk meberi makan kepada rakyatnya. kekalutan yang berlaku ini sedikit sebanyak mempengaruhi arah aliran jangka hayat.

semestinya negara2 lain juga ingin menjadi maju dan aman damai. namun bagaimana??? adakah perlu untuk mereka mengikut acuan dari malaysia dengan idea wawasan 2020. tahun 2020 itu hanyalah diletakkan sabagai satu garis panduan bagi negara ini untuk mencapai satu peningkatan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus. samaada matlamat itu dicapai atau tidak bukanlah keutamaan. apa yang penting malaysia dapat menigkatkan kadar pertumbuhan tahunan. Jika negara-negara lain turut menjadi maju, maka negara-negara maju sekarang tidak akan dapat mempertahankan tahap kemakmuran mereka. Dalam keadaan begini sebenarnya, persaingan sengit sedang berlaku antara negara. dari sudut yang lain, kemajuan tidak akan dicapai selagi negara miskin tegar ini masih dijajah oleh negara maju itu sendiri. Sumber bumi kebanyakannya dicurahkan kepada mereka dan dinafikan daripada dinikmati oleh negara-negara lain. terang lagi bersuluh, kenapa kekayaan dan kemakmuran itu tidak boleh dicapai.

Jika negara-negara lain turut menjadi maju, maka negara-negara maju sekarang tidak akan dapat mempertahankan tahap kemakmuran mereka. Dalam keadaan begini sebenarnya, persaingan sengit sedang berlaku antara negara. Jadi apa yang berlaku sekarang ialah terdapat dua sisi pertembungan yang akhirnya akan menentukan ke mana nasib bumi dan manusia. Untuk elak konflik, maka timbul gerakan yang mahu manusia hidup sederhana dengan mengambil kira kemampuan bumi. renung-renugkan...sekian

Monday, October 12, 2009

cbuk je

kesibukan dan kekalutan melanda. modul akhir pembelajaran bagi studio grafik komputer perlu disiapkan menjelang minggu depan. desakan ini menyebabkan aku menjadi tidak keruan memikirkan perkara ini. tdo tidak menentu, makan apa kurangnya. terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja ini. modulku dikritik hebat hasil perjumpaan dengan penysarah semalam. ini tentunya mendesak jiwaku untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih efektif. "content perlu lebih bersesuaian dengan tajuk" kata-kata itu menyebabkan aku terpaksa mengubah hampir keseluruhan modul yang sedang di hasilkan.

Sunday, October 11, 2009

antara cinta dan kebebasan

mestikah aku berdiam diri dengan semua ini. haruskah aku membiarkan kebebasan yang dituntut dariku walaupun aku tidak yakin dengan kebebasan itu. mengawal, mengongkong bukan beerti kolot. hidup tanpa sebarang sempadan yang membataskan pergerakan hingga yang mampu menahannya hanyalah Yang Maha Esa. itukah kebebasan yang kita mahukan dalam hubungan bersama. adakah perlunya noktah dalam mencari penutup segala kekusutan. adapun mungkin sedikit mengubat tetapi tidak mampu membalut luka di hati. diteruskan kasih tanpa mebaca semula kisah ini adalah jalan terbaik kurasakan dalam perkara ini. biarkan mata membuta menanggung segala dusta, biarkan hati membatu sekalipun zahirnya perasaan itu membebankan.

Saturday, October 10, 2009

mlas..

malsnyaaaa!~..keje bnyk lgi yang x siap. ape nak jadi da..

Wednesday, October 7, 2009

WUT ever: rumah terbuka

WUT ever: rumah terbuka

rumah terbuka





syawal dah masuk separa bulan pun still ade lg umah trbuka..raya sebulan. tp puasa x sampai sebulan. tp best jgak g umah terbuka ni..jimat duit aku utk sehari. hak3..xdela. sebanarnya bgus gak bt umah terbuka ni, dapat jumpa membe2, blh g tempat orang etc. ni lah ANTARA wajah raya yang sempat dirakam.